Sejarah sekolah

SEKOLAH KEBANGSAAN POKOK ASAM (KBAA006)
Sekolah Kebangsaan Pokok Asam mula beroperasi pada tahun 1947, menumpang di Pondok Pokok Asam. Tuan Guru Haji Wan Sulong bin Haji Wan Ghazali merupakan guru besar merangkap pengasasnya. Seramai 25 orang murid dengan dua orang tenaga pengajar pada awal permulaan operasinya. Gaji guru disumbangkan oleh waris dalam bentuk sumbangan wang dan kebendaan.
            Pada tahun 1948, bilangan murid bertambah kepada 90 orang. Kerajaan negeri mengambil alih urusan pembayaran gaji guru. Ketika Bilangan murid meningkat kepada 160 orang, sebuah bangunan kayu dibina oleh kerajaan negeri sebagai bangunan sekolah. Bangunan terhasil setelah berlaku perbincangan antara kerajaan negeri, penghulu dan ketua kampung. Bangunan ini dibina secara gotong royong oleh penduduk kampong. Sekolah ini diberi nama Sekolah Rakyat Mukim Padang Kerbau.
Sekolah ini semakin berkembang.Pada tahun 1952 seramai 400 orang murid belajar di sekolah ini. Kerajaan negeri telah mengambil alih sekolah ini dengan membina bangunan kekal 12 buah kelas. Bangunan baru telah siap sepenuhnya pada 1 Julai 1953 dan dirasmikan oleh Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Sekolah ini diberi nama Sekolah Umum Pokok Asam. Guru besarnya ialah Encik Ahmad bin Said. Sekolah ini kemudiannya ditukar nama kepada Sekolah Kebangsaan Pokok Asam.
Sebuah bangunan baru tiga tingkat siap dibina pada  15 Mac 1983. Bangunan baru ini dirasmikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Tan Sri Dato’ Hj. Murad bin Mohd Nor. Guru besar sekarang ialah Encik Ab Ghani bin Hassan. Beliau dibantu oleh Pn Rahmah bt Mad (PK Kurikulum), Tuan Haji Hamidon bin Abdullah (PK HEM) dan Encik Ahmad bin Mad (PK KK). Pada masa sekarang terdapat seramai 32 orang guru, seorang kerani kewangan, seorang pembantu tadbir, seorang pembantu am rendah. Tiga orang pekerja rendah awam (swasta) dan tiga orang jaga swasta sedang berkhidmat di sekolah ini.

Lencana SKPA

MOTO            :    PELAJARAN KUNCI RAHSIA ALAM
SLOGAN       :   BERGERAK PANTAS KE ARAH KECEMERLANGAN

LAMBANG 

Perisai
   Melambangkan ketahanan diri dalam mengejar ilmu.                   
Obor Menyala
   Melambangkan semangat berkobar-kobar untuk mencapai kejayaan   

Buku Dan Pena
    Melambangkan ilmu dan pelajaran  kunci kejayaan. 
Riben merah
   Melambangkan anugerah hasil usaha yang berterusan.
  

WARNA

        Hijau            
    Pada perisai melambangkan kemakmuran diri bermula dari sekolah.
   Kuning        
     Melambangkan perdaulatan sebuah negara raja berpelembagaan.
    Merah         
    Melambangkan keberanian mengharungi segala cabaran utk mencapai   kejayaan.

 

 

Visi dan Misi


VISI SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Pokok Asam
akan menjadi sekolah yang cemerlang
dalam Daerah Pendang
pada tahun
2013

MISI  SEKOLAH
    Sekolah Kebangsaan Pokok Asam akan berusaha untuk;                                                        
  • Memimpin, mengurus dan mentadbir sekolah dengan cekap,telus dan  berkesan. 
  •  Memastikan semua murid menguasai kemahiran 3M.
  • Melahirkan murid yang boleh menguasai akses kendiri dan berakhlak mulia.
  • Mewujudkan prasarana sekolah yang selamat, kondusif dan ceria.
  • Menjalinkan hubungan yang baik dengan ibu bapa dan komuniti.


Lagu Sekolah

Berusaha bertekad satu cita,
Kita Pasti berjaya,
Di bidang sukan dan pelajaran,
Janganlah ketinggalan,
Tunggak agama,
Bahasa dan budaya,
Pekerti yang mulia,
Kita tetap pelihara,
Pelajaran Kunci Rahsia Alam,
Tetap jadi amalan,
Segera bergerak berwawasan,
Sekolah Pokok Asam.
 

No comments:

Post a Comment