Tuesday, 11 December 2012

TIPS DOA UNTUK ANAK AGAR LEMBUT HATI , PINTAR DAN SOLEH

 a) Baca Fatihah (1 kali ) 

       b) Baca Ayat Kursi (1 Kali )

                 c) Baca Surah al - Insyirah (1 kali )


                                                               d) Baca Surah Toha 1-5 (1 kali )ayat
 

Kemudian hembuskan di ubun-ubun anak niatkan agar anak menjadi yang soleh, cemerlang, lembut hati, rajin belajar solat dan lain-lain.
 atau 
Baca Surah al-Fatihah,surah Taha ayat 1 sehingga 5,diikuti doa Nabi Daud sebanyak 3 kali.Doanya,”Ya Allah,lembutkanlah hati anakku(sebut namanya),seperti mana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi.(sebut namanya).”Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman.Kalau anak masih menyusu,hembuskan pada susu.
atau
Ketika memasak,sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200 dari Surah Ali Imran yang bermaksud:”Wahai orang yang beriman!Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu,dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”
Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir’Ya Hayyu,Ya Qayyum,Ya Latiff dan Ya Rahman’berulang-ulang.

INFO: Tip untuk ibu bapa

·         Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah. Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surat al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran.
·         Selepas bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.
·         Waktu ketika anak antara sedar dan tidak. Rebut peluang bisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat.
·         Doakan kejayaan anak, rakan anak mereka, anak rakan dan jiran.

15 comments:

  1. Assalamu'alaikum wbt Terima kasih atas perkongsian ilmu. Semoga dirahmati Allah.

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum wbt Terima kasih atas perkongsian ilmu. Semoga dirahmati Allah.

    ReplyDelete
  3. salam, sangat berguna...mohon share

    ReplyDelete
  4. Sangat Berguna Sekali,,,,Makasih Tas Do,a Nya

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas perkongsian bersama..

    ReplyDelete
  6. terima kasih kakak ...
    semoga saya bisa jadi anak yang cerdas agar bahagiakan orang tua saya .. aamiin

    ReplyDelete
  7. terima kasih atas perkongsian...

    ReplyDelete
  8. Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. tips anak soleht

    ReplyDelete
  9. Terima kasih kak..sgt bermanfaat...

    ReplyDelete
  10. Terima kasih sangat bermanfaat .. halalkan untuk saya share dan smoga semua urusan awak d permudahkan..

    ReplyDelete