Yang Positif…
|
|
Yang Negatif…
|
Penyabar & Pengasih
Bijak mengambil hati murid, bersedia memaafkan murid, memberi hukuman untuk mendidik bukan melepaskan geram, mendidik murid seperti anak sendiri. |
|
Panas Baran & Garang
Sengaja menampakkan wajah yang garang sepanjang masa, tidak suka dan tidak mahu menunjukkan kemesraan, suka berleter dan cepat marah. |
Ceria & Periang
Penampilan yang sesuai dan menarik, keceriaan yang ikhlas dari hati, tahu untuk berjenaka sekali-sekala, dapat pula menerima jenaka murid tetapi tetap dalam adab dan susila . |
|
Lesu & Membosankan
Penampilan yang lesu dan air muka yang muram dan masam, tidak mempamerkan keceriaan, penyampaian yang mendatar, tiada usaha untuk menarik perhatian murid. |
Prihatin & Peka
Peka akan keperluan murid, sedar akan perkembangan dan perubahan yang berlaku pada murid, mengambil berat akan masalah murid, sama ada di dalam atau di luar sekolah. |
|
Tidak Peduli & Tidak Kisah
“Tugas aku mengajar sahaja, masalah mereka bukan masalah aku.”, tidak mempedulikan peningkatan atau perubahan yang terjadi pada murid, tidak ambil tahu dan ambil berat. |
Kreatif & Inovatif
Sentiasa mencari idea-idea baru yang dapat menarik minat murid untuk belajar, menggunakan teknik-teknik pengajaran yang berkesan. |
|
Jumud & Beku
Sekadar melepaskan batuk di tangga, hanya terikat dengan satu-satu teknik pengajaran sahaja, tiada usaha untuk membaiki cara dan kaedah pengajaran. |
Cergas & Meyakinkan
Sentiasa bersemangat ketika mengajar dengan intonasi suara yang jelas serta bahasa badan yang dapat menarik minat dan perhatian murid terhadap apa yang sedang disampaikan serta bersifat dua hala. |
|
Statik & Membosankan
Penyampaian yang sambil lewa, intonasi yang tidak jelas, bahasa yang sukar difahami dan tidak disokong oleh gerak badan yang sesuai, persembahan yang mendatar dan bersifat satu hala. |
Adil & Saksama
Tiada kecenderungan menyukai seseorang murid dan mengenepikan yang lain, memberi perhatian yang sama rata kepada semua, setiap tindakan berdasarkan kewajaran yang benar. |
|
Berat Sebelah & Pilih Kasih
Cenderung mempamerkan sikap melebihkan seseorang murid daripada yang lain, hanya memberi perhatian kepada murid tertentu, setiap tindakan berdasarkan kecenderungan yang melulu dan bukan pertimbangan yang wajar. |
Tuesday, 11 December 2012
TIPS GURU CEMERLANG
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment