Thursday 13 December 2012

TUGASAN KRT 3013


NAMA : PN NOR AISHAH BINTI ALI
NO MATRIK : D20112052499
KUMP : EL-RO1(A121 PJJ)
PROGRAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH
FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MALAYSIA
UNIVERSITI SULTAN IDRIS TANJUNG MALIM, PERAK.
TUTOR E LEARNING : DR. MAIZATUL HAYATI BINTI MOHAMAD YATIM.

MUTIARA KATA

Tuesday 11 December 2012

MUTIARA KATA TENTANG ADAB

MUTIARA KATA  TENTANG ADAB
  1. Kecantikkan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).    
  2. Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya.  ( Aristotle ) 
  3. Kata-kata yang lemah lembut dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.  (Hamka). 
  4. Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkahlaku dan akal budinya. ( Hamka ).  
  5. Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan orang yang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya. (Hamka). 
  6. Bercakap-cakap adalah bertukar fikiran, bertukar pendapat dan bertukar pengalaman. Rahsia bercakap ialah pandai berbicara, pandai bertanya dan pandai mendengar. ( Pythatoras )   
  7. Kata Hukama," Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya.Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan .       (Hamka ).
  8.  Mengikut adab kesopanan, tetamu yang tidak menghormati diri dan tidak menghormati ahli rumah yang ditemui,bukanlah orang yang patut dihormati.( Hamka)
  9. Orang beradab pasti pandai menghormati keyakinan orang lain, walaupun dia sendiri tidak sesuai dengan keyakinan itu. (Hamka).  
  10. Sesungguhnya orang yang termasuk orang yang baik-baik ialah orang yang paling baik akhlak dan adab sopannya. ( Maksud hadis ).

TIPS GURU CEMERLANG

Yang Positif…
 
Yang Negatif…
Penyabar & Pengasih
Bijak mengambil hati murid, bersedia memaafkan murid, memberi hukuman untuk mendidik bukan melepaskan geram, mendidik murid seperti anak sendiri.
 
Panas Baran & Garang
Sengaja menampakkan wajah yang garang sepanjang masa, tidak suka dan tidak mahu menunjukkan kemesraan, suka berleter dan cepat marah.
Ceria & Periang
Penampilan yang sesuai dan menarik, keceriaan yang ikhlas dari hati, tahu untuk berjenaka sekali-sekala, dapat pula menerima jenaka murid tetapi tetap dalam adab dan susila .
 
Lesu & Membosankan
Penampilan yang lesu dan air muka yang muram dan masam, tidak mempamerkan keceriaan, penyampaian yang mendatar, tiada usaha untuk menarik perhatian murid.
Prihatin & Peka
Peka akan keperluan murid, sedar akan perkembangan dan perubahan yang berlaku pada murid, mengambil berat akan masalah murid,  sama ada di dalam atau di luar sekolah.
 
Tidak Peduli & Tidak Kisah
“Tugas aku mengajar sahaja, masalah mereka bukan masalah aku.”, tidak mempedulikan peningkatan atau perubahan yang terjadi pada murid, tidak ambil tahu dan ambil berat.
Kreatif & Inovatif
Sentiasa mencari idea-idea baru yang dapat menarik minat murid untuk belajar, menggunakan teknik-teknik pengajaran yang berkesan.
 
Jumud & Beku
Sekadar melepaskan batuk di tangga, hanya terikat dengan satu-satu teknik pengajaran sahaja, tiada usaha untuk membaiki cara dan kaedah pengajaran.
Cergas & Meyakinkan
Sentiasa bersemangat ketika mengajar dengan intonasi suara yang jelas serta bahasa badan yang dapat menarik minat dan perhatian murid terhadap apa yang sedang disampaikan serta bersifat dua hala.
 
Statik & Membosankan
Penyampaian yang sambil lewa, intonasi yang tidak jelas, bahasa yang sukar difahami dan tidak disokong oleh gerak badan yang sesuai, persembahan yang mendatar dan bersifat satu hala.
Adil & Saksama
Tiada kecenderungan menyukai seseorang murid dan mengenepikan yang lain, memberi perhatian yang sama rata kepada semua, setiap tindakan berdasarkan kewajaran yang benar.
 
Berat Sebelah & Pilih Kasih
Cenderung mempamerkan sikap melebihkan seseorang murid daripada yang lain, hanya memberi perhatian kepada murid tertentu, setiap tindakan berdasarkan kecenderungan yang melulu dan bukan pertimbangan yang wajar.
 

TIPS DOA UNTUK ANAK AGAR LEMBUT HATI , PINTAR DAN SOLEH

 a) Baca Fatihah (1 kali ) 

       b) Baca Ayat Kursi (1 Kali )

                 c) Baca Surah al - Insyirah (1 kali )


                                                               d) Baca Surah Toha 1-5 (1 kali )ayat
 

Kemudian hembuskan di ubun-ubun anak niatkan agar anak menjadi yang soleh, cemerlang, lembut hati, rajin belajar solat dan lain-lain.
 atau 
Baca Surah al-Fatihah,surah Taha ayat 1 sehingga 5,diikuti doa Nabi Daud sebanyak 3 kali.Doanya,”Ya Allah,lembutkanlah hati anakku(sebut namanya),seperti mana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi.(sebut namanya).”Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman.Kalau anak masih menyusu,hembuskan pada susu.
atau
Ketika memasak,sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200 dari Surah Ali Imran yang bermaksud:”Wahai orang yang beriman!Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu,dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”
Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir’Ya Hayyu,Ya Qayyum,Ya Latiff dan Ya Rahman’berulang-ulang.

INFO: Tip untuk ibu bapa

·         Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah. Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surat al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran.
·         Selepas bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.
·         Waktu ketika anak antara sedar dan tidak. Rebut peluang bisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat.
·         Doakan kejayaan anak, rakan anak mereka, anak rakan dan jiran.

MUHASABAH DIRI



Bersyukur atas segala-galanya

KITA acapkali memikirkan sesuatu yang telah hilang, sehingga kita lupa mensyukuri apa yang ada di hadapan kita. Kita merasa sedih kerana kekurangan material, padahal kita masih memiliki kunci kebahagiaan, memiliki setumpuk kebaikan dan  kenikmatan. Oleh itu, renungkanlah dan seterusnya……bersyukurlah!

Apakah kita mengira bahawa, berjalan dengan kedua kaki itu merupakan sesuatu yang biasa padahal masih ada manusia lain yang tidak mempunyai kaki atau berjalan dengan menggunakan satu kaki….

Apakah kita mengira bahawa berdiri tegak di atas kedua betis itu merupakan sesuatu yang mudah, padahal ada manusia lain yang kehilangan kedua betisnya?

Apakah kita merasai nikmat tidur dengan memejamkan kedua mata, sementara masih ada  manusia lain yang tidak dapat tidur kerana sakit yang dideritainya?

Pernahkah kita merasa senang ketika kita dapat menyuap makanan yang lazat dan minuman yang dingin, sementara masih ada orang lain yang tidak dapat makan dan minum hanya kerana penyakit yang mereka deritai atau kerana kebuluran lantaran kemiskinan…

Oleh itu…

Hargailah semua nikmat yang kita dapat…yang kita ada…..
Bersyukurlah kepada Allah atas nikmat-nikmat tersebut…
Setiap nikmat itu adalah amanah Allah kepada kita….
Gunakanlah nikmat tersebut untuk mentaati Allah…
Jangan sekali-kali menggunakan nikmat tersebut untuk menderhakai Allah…

“Ingatlah… bahawa kamu akan ditanya oleh Allah di akhirat nanti tentang nikmat yang kamu perolehi… ke arah mana kamu gunakan…”



MANISNYA UKHUWAH BERASASKAN IMAN


MANISNYA UKHUWAH BERASASKAN IMAN….
Persahabatan dibina atas semangat tulus ikhlas, cintakan Tuhan Yang Satu….
Ikatan persahabatan tulus dan ikhlas berbeza dengan cara sama dilakukan bukan Muslim kerana silaturahim dibina kerana Allah SWT lebih kuat dan teguh. Ia disebabkan iman setiap mukmin kepada Allah SWT disambungkan kepada saudara seagama menjadikan tautan hati dan jiwa, akal dan rohani yang tiada taranya.
Sebab itulah ada persahabatan yang erat dan berpanjangan melebihi hubungan persaudaraan. Setiap mukmin memiliki ikatan hati yang sangat kuat kerana ukhuwah disebabkan cinta kepada Allah SWT.
Mereka saling mengingatkan antara satu sama lain, berkongsi rasa, duka, apatah lagi gembira dan suka. Daripada hubungan persahabatan, manisnya iman dapat dirasa sehingga ada yang berubah pendirian dan sikap untuk lebih menghampiri Penciptanya. 
Rasulullah SAW bersabda: “Ada tiga hal yang apabila ada pada seseorang, nescaya dia akan merasakan manisnya iman, menjadikan Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai daripada yang lain. Dan apabila menyintai seseorang, dia tidak menyintainya melainkan kerana Allah SWT. Dan dia enggan kembali kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkannya seperti dia enggan dilemparkan ke neraka.”
Orang yang merasai manisnya iman sukar untuk berkongsi apa yang dirasai dengan orang lain melainkan perasaan sama turut dialami. Nabi Muhammad SAW yang digelar kekasih Allah adalah manusia paling dekat hatinya dengan Allah kerana baginda menyintai Allah melebihi dari yang lainnya.
Baginda sanggup menghadapi apa jua bahaya dan bencana semata-mata untuk mempertahankan agama serta mesej yang dibawa dari Allah Yang Maha Esa.
Umat Islam pula akan merasai manisnya iman dengan menyintai Allah dan Rasul S.A.W  lebih dari segala-galanya. Bayangkan jika seseorang wanita menyintai suaminya tanpa berbelah bahagi sehingga sanggup meninggalkan agama, keluarga dan tanah air untuk sentiasa berada di sisi suami tercinta.
Itulah tanda cinta yang tiada bandingannya. Situasi serupa juga perlu dirasai jika kita menyintai Allah dan Rasul, sehingga cinta itu tidak terungkap dengan  kata-kata, sebaliknya kita akan sentiasa gembira dan tenang apabila mendampingi Allah dan Rasul.
Setiap mukmin yang menjalin persahabatan sesama saudara seagama perlu mengambil kesempatan untuk merasai manisnya iman dengan membina ukhuwah dan menyintai sahabat kerana Allah SWT.
Walaupun tiada di depan mata, silaturahim tetap terbina dengan ikatan hati yang kukuh jika kita sentiasa menghampiri-Nya. Allah SWT berfirman: “Sesungguhnya orang mukmin adalah bersaudara.” 
(Surah Al-Hujurat, ayat 10 )