Tuesday, 11 December 2012

MUHASABAH DIRI



Bersyukur atas segala-galanya

KITA acapkali memikirkan sesuatu yang telah hilang, sehingga kita lupa mensyukuri apa yang ada di hadapan kita. Kita merasa sedih kerana kekurangan material, padahal kita masih memiliki kunci kebahagiaan, memiliki setumpuk kebaikan dan  kenikmatan. Oleh itu, renungkanlah dan seterusnya……bersyukurlah!

Apakah kita mengira bahawa, berjalan dengan kedua kaki itu merupakan sesuatu yang biasa padahal masih ada manusia lain yang tidak mempunyai kaki atau berjalan dengan menggunakan satu kaki….

Apakah kita mengira bahawa berdiri tegak di atas kedua betis itu merupakan sesuatu yang mudah, padahal ada manusia lain yang kehilangan kedua betisnya?

Apakah kita merasai nikmat tidur dengan memejamkan kedua mata, sementara masih ada  manusia lain yang tidak dapat tidur kerana sakit yang dideritainya?

Pernahkah kita merasa senang ketika kita dapat menyuap makanan yang lazat dan minuman yang dingin, sementara masih ada orang lain yang tidak dapat makan dan minum hanya kerana penyakit yang mereka deritai atau kerana kebuluran lantaran kemiskinan…

Oleh itu…

Hargailah semua nikmat yang kita dapat…yang kita ada…..
Bersyukurlah kepada Allah atas nikmat-nikmat tersebut…
Setiap nikmat itu adalah amanah Allah kepada kita….
Gunakanlah nikmat tersebut untuk mentaati Allah…
Jangan sekali-kali menggunakan nikmat tersebut untuk menderhakai Allah…

“Ingatlah… bahawa kamu akan ditanya oleh Allah di akhirat nanti tentang nikmat yang kamu perolehi… ke arah mana kamu gunakan…”



No comments:

Post a Comment