BELALANG YANG DEGIL
Di dalam sebuah taman
bunga, terdapat seekor belalang yang suka menyanyi dan menari. Ia berasa
gembira kerana dapat hidup di dalam taman yang indah itu. Di dalam taman itu
terdapat juga berbagai-bagai jenis bunga seperti bunga raya, mawar, dahlia,
kenanga, melur dan cempaka. Taman bunga itu berwarna-warni dan harum.
Tiap-tiap hari, belalang akan menyanyi dan menari. Ia akan
melompat dari satu pokok ke pokok yang lain. Belalang mempunyai ramai teman di
dalam taman itu. Ada rama-rama, kumbang, lebah dan semut. Mereka dapat tinggal
di taman itu. Mereka sering bermain dan menyanyi bersama-sama.
Pada suatu hari, belalang mencari kesemua rakan-rakannya
untuk bermain tetapi mereka semua sedang sibuk mencari makanan dan berpindah
untuk berlindung sebelum musim hujan tiba. Belalang tidak percaya hujan akan
tujun sebentar lagi. Ia asyik menyanyi dan menari sendirian. Setelah lama
menyanyi, belalang pulang ke rumah dan tidur kerana keletihan.
Hujan turun dengan
lebat lalu belalang terbangun. Ia berasa sangat lapar tetapi di rumahnya tiada
makanan.“ Bila hujan berhenti bolehlah saya mencari makanan,” katanya dalam
hati. Belalang berbaring semula dan tertidur. Apabila dia terjaga, hujan tetap
turun dengan lebat.
Belalang berasa menyesal kerana tidak mengikut nasihat
rakannya untuk mencari makanan sebelum musim hujan. Akhirnya belalang jatuh
sakit. Rakan-rakan belalang tidak mengetahui keadaan belalang yang sakit.
Apabila hujan berhenti,lebah
teringat akan belalang. Dia keluar dari sarangnya dan pergi ke rumah belalang.
Ia amat terperanjat melihat belalang yang terlantar di atas katil di rumah.
“Saya akan membawa makanan,” kata lebah kepada belalang apabila melihat
belalang terlalu lemah dan pucat. Lebah mencari semut dan rakannya yang lain
untuk menolong belalang.
Akhirnya belalang sembuh
dan sihat. Belalang insaf dan sering mendengar nasihat daripada rakannya.
No comments:
Post a Comment