Sunday, 2 December 2012

10 SAHABAT NABI S.A.W YANG DIJAMIN MASUK SYURGA


Gambar Hiasan

10 SAHABAT NABI S.A.W YANG DIJAMIN MASUK SYURGA

ADA SEPULUH ORANG SAHABAT YANG DIJAMIN MASUK SYURGA.

1. ABU BAKAR ASH-SHIDDIQ
Abu Bakar Ash-Shiddiq Radhiyallahu'anhu (RA) adalah khalifah pertama, setelah Nabi wafat. Beliau sahabat yang paling dekat dengan Rasulullah, ke manapun Nabi pergi, beliau selalu menyertainya. Termasuk saat Rasul dalam perjalanan hijrah dari Mekkah ke Madinah, suatu perjalanan yang penuh dengan risiko.
Sejak remaja, Abu Bakar telah bersahabat dengan Nabi. Belia juga orang yang pertama memeluk Islam. Tidak sulit baginya untuk mempercayai ajaran Islam, kerana beliau tahu betul keagungan ahklak Rasulullah.

Demikian juga saat Nabi menyampaikan peristiwa Isra Mi'raj. Abu Bakarlah sahabat yang pertama kali membenarkan peristiwa tersebut. Oleh sebab itu, beliau diberi gelar oleh Rasulullah yakni Ash-Shiddiq ( yang benar, jujur, dan membenarkan ). Abu Bakar wafat dalam usia 63 tahun ( 13 hijriah ). Beliau dimakamkan di Madinah bersebelahan dengan makam Rasulullah.

2. 'UMAR BIN KHATTAB 
'Umar bin Khattab RA adalah khalifah kedua. Beliau termasuk sahabat yang sangat dikasihi oleh Nabi. Sebelum masuk Islam, beliau dikenal sebagai seorang yang gagah perkasa dan sering mabuk. Seluruh penduduk Makkah merasa takut kepadanya.
'Umar memeluk Islam setelah mendengar surat Thoha yang dibacakan saudara perempuannya. Dia sangat keras dalam membela agama Allah. Beliau menjadi salah satu benteng Islam yang mampu menyurutkan perlawanan kaum Quraisy terhadap diri Nabi dan sahabat.

Saat 'Umar diangkat menjadi khalifah, daerah kekuasaan Islam bertambah. Kerajaan Persia dan Romawi Timur dapat ditakluk dalam kurun waktu satu tahun (636-637M). Pemimpin yang sederhana dan peduli pada rakyatnya ini, wafat setelah dibunuh Abu Lukluk saat hendak memimpin shalat (23 H/644 M). Ia dimakamkan berdekatan dengan Abu Bakar dan Rasulullah.

3. 'USTMAN BIN AFFAN
'Ustman bin Affan RA adalah khalifah Islam ketiga. Pada saat kepemimpinannya,beliau berhasil mengumpulkan wahyu, dan menyusunnya dalam bentuk mushaf Al-Qur'an. 'Ustman bin Affan masuk Islam lewat ajakan Abu Bakar. Beliau mendapat gelaran Dzun Nur 'Ain ( pemilik dua cahaya ), kerana  menikahi dua putri Nabi, Ruqqayah dan Ummu Kultsum.

'Ustman dikenal sebagai saudagar kaya dan dermawan. Beliau selalu menafkahkan hartanya di jalan Allah. Saat berlakunya peperangan Tabuk, 'Ustman menyumbang lebih daripada 940 ekor unta, kemudian membawa 60 ekor kuda untuk menggenapinya menjadi 1000. 'Ustman wafat pada tahun 35H atau 655M.

4. 'ALI BIN ABI THALIB  
'Ali bin Abi Thalib RA dilahirkan di Makkah tahun 598 Masehi. Ali adalah orang yang pertama masuk Islam dari golongan anak-anak. Ali terkenal orang yang sangat berani, ahli siasat perang, dan cerdas. Pada saat
peristiwa hijrah, 'Ali tidur di atas tempat tidur Nabi. Sehingga, para tentara Quraisy yang mengepung rumah Nabi, mengira Nabi masih berada di dalam rumah. 'Ali wafat pada tahun 40 Hijrah, setelah ditikam oleh Abdurrahman bin Muljam dengan pedang yang beracun setelah shalat shubuh. Beliau meninggal dalam usia 63
tahun dan memegang jawatan khalifah selama 4 tahun 9 bulan. Beliau di makamkan di Kufah, Irak.


5. THALHAH BIN ADDULLAH
Thalhah bin Abdullah dikenal sebagai salah satu konsultan Rasulullah. Beliau berasal daripada suku Quraisy.
Saat berlakunya perang Uhud, Thalhah telah ikut serta. Dalam peperangan tersebut beliau menderita kerana
luka parah. Dia menjadikan dirinya sebagai sebuah perisai bagi Rasulullah dan mengalihkan panah yang akan mengenai diri Nabi dengan tangannya. Sehingga semua jari-jarinya putus. Thalhah wafat pada 36 H atau 656 M. Beliau syahid ketika mengikuti perang Jamal.

6. ZUBEIR BIN AWWAM 
Zubeir bin Awwam termasuk golongan yang pertama masuk Islam (as-sabiqun al-awwalun). Usianya pada  saat itu baru berumur 15 tahun. Pembelaannya terhadap Islam begitu nyata. Zubeir tidak pernah tertinggal dalam berbagai pertempuran bersama kaum muslimin. Beliau  selalu berada di barisan hadapan medan peperangan. Sekujur tubuhnya terdapat luka dari hasil peperangan. Beliau sangat dicintai Rasulullah. Ketika terjadi perselisihan faham di antara kaum muslimin, Zubeir tidak sedikitpun memihak yang berseteru. Ia malah berusaha menyatukannya. Zubeir ditikam ketika sedang menghadap Allah, beliau wafat pada tahun 36H atau 656M.

7. SA'AD BIN ABI WAQQAS
Sa'ad bin Abi Waqqas memeluk Islam saat berusia 17 tahun. Ia sangat mahir menunggang kuda dan memanah. Jika belia memanah musuh dalam sebuah peperangan pastilah tepat sasarannya. Hampir seluruh peperangan belia ikuti.

Saat awal memeluk Islam, ibunya mengancam untuk mogok makan dan minum. Dengan harapan, Sa'ad kembali ke ajaran nenek moyang. Namun, hampir sang ibu menemui ajalnya, ancaman itu tetap tidak dihiraukan oleh Sa'ad. Beliau tidak menjual keyakinannya dengan apapun, sekalipun dengan nyawa ibunya.
Pada zaman pemerintahan khalifah Umar bin Khatab, Sa'ad diangkat sebagai panglima tentera. Sa'ad wafat pada usia 70 tahun (55H atau 676M). Beliau di makamkan di tanah Baqi'

8. SA'ID BIN ZAID
Sa'id adalah di antara sahabat yang beruntung. Dia masuk Islam bersama-sama isterinya, Fathimah binti al-Khattab, adik perempuan 'Umar bin Khattab. Sa'id membaktikan segenap daya dan tenaganya untuk berkhidmat kepada Islam. Ketika memeluk Islam usianya belum genap 20 tahun.
Sa'id turun berperang bersama Rasulullah dalam setiap peperangan. Beliau juga turut bersama kaum muslimin menjatuhkan dan meruntuhkan pemerintahan [singasana] Kisra Persia. Sa'id pernah diperintahkan Rasulullah mengintip aktiviti musuh. Beliau wafat dalam usia 70 tahun (51H atau 671M) dan di makamkan di Baqi' Madinah.

9.'ABDURRAHMAN BIN 'AUF
'Abdurrahman bin 'Auf termasuk tujuh orang yang pertama masuk Islam. Beliau termasuk di antara sahabat Nabi yang mempunyai harta melimpah hasil aktiviti perniagaan. Kejayaannya tidak membuat beliau lupa diri, sebaliknya beliau selalu menafkahkan hartanya di jalan Allah. Bahkan saat dia diberitakan Rasulullah bahwa dirinya dijamin masuk surga, semangat sedekahnya makin membara. Tak kurang dari 40.000 dirham perak, 40.000 dirham emas, 500 kuda perang, dan 1.500 ekor unta beliau sumbangkan untuk perjuangan Islam.  Abdurrahman sempat berhijrah ke Habsyah sebanyak 2 kali. Beliau wafat pada
umur 72 tahun(32H atau 652M) di Baqi'.

10. ABU 'UBAIDAH BIN JARRAH
Rasulullah pernah memberikan pernyataan tentang Abu 'Ubaidah. "Sesungguhnya setiap umat mempunyai orang kepercayaan, dan sesungguhnya kepercayaan umat ini adalah Abu 'Ubaidah," begitu kata Rasulullah. Abu 'Ubaidah orang yang amanah dan jujur dalam berperilaku.
Abu Ubaidah masuk Islam melalui perantara Abu Bakar Ash-Shiddik pada awal kerasulan nabi Muhammad SAW. Ia beberapa kali dipercaya Rasul memimpin peperangan. Ia wafat pada tahun 18H atau 639M.

Demikianlah 10 sahabat-sahabat Nabi yang dijamin masuk surga melalui hadist Nabi Muhammad SAW.

ADAB MENGHIDANG MAKANAN DAN MINUMAN

 Adab Ketika Menghidang Makan Dan Minuman
  1. Mengelap pinggan mangkuk sebelum digunakan
  2. Menggunakan pinggan mangkuk yang berkeadaan baik dan bersih
  3. Menyusun hidangan dengan kemas
  4. Menyediakan hidangan yang cukup
  5. Menyediakan keperluan yang cukup seperti air basuh tangan, tuala atau tisu
Adab Orang Yang Menghidang Makanan Dan Minuman
  1. Menutup aurat
  2. Menyegerakan penyediaan makanan
  3. Menyediakan makanan yang terbaik
  4. Menyediakan makanan yang mencukupi
  5. Tidak mengangkat makanan sehingga selesai makan
  6. Sentiasa ceria semasa menghidang makanan
Faedah Menghidang Makanan Dan Minuman
  1. Dirahmati Allah
  2. Dipandang mulia dan disayangi
  3. Dihindarkan penyakit
  4. Ketenteraman hidup
  5. Kemas dan teratur
Akibat Tidak Menghidang Makanan Dan Minuman Menurut Syariat Islam
  1. Menjatuhkan maruah
  2. Dipandang rendah dan dibenci
  3. Mendapat penyakit
  4. Kehidupan tidak terurus
  5. Tidak berdisiplin

ADAB MAKAN

Makan hanya bila terasa lapar.

Basuh tangan dan kuku sehingga bersih dengan air dan seboleh-bolehnya dengan sabun.
Sebelum makan hendaklah membaca ‘Bismillah…”
Makan dengan tangan sebagai ganti sudu dan garpu. Rasionalnya makan dengan tangan ialah kerana ia dapat membantu penghadaman disebabkan terdapat aliran yang dipanggil ‘bio-current’ yang apabila tersentuh dengan makanan , ia bertindak sebagai enzim untuk menghadamkan makanan dengan cepat di dalam perut. Ini adalah sebab mengapa makanan yang disentuh dengan tangan cepat rosak atau basi.
Tinggalkan kerja-kerja otak seperti berfikiran lain-lain apabila hendak makan. Badan dan fikiran perlu girang dan tenang.

Seboleh-bolehnya dinding bilik makan hendaklah berwarna merah jambu kerana ini boleh mendatangkan rasa girang dan membantu pencernaan.
Berhenti makan sebelum kenyang. Kekenyangan yang berlebihan memudaratkan jantung, mengganggu penghadaman dan menyukarkan tidur.
Berehat sekejap selepas makan dan jangan tergesa-gesa membuat sesuatu.Jangan makan makanan lama. Perbanyakkan makan makanan segar. Suri rumah adalah dinasihatkan supaya menyediakan makanan yang segar, sedap,berbau lazat, menarik pandangan dan berlainan jenis setiap kali waktu makan.
Suri rumah hendaklah bermanis muka ketika menghidang makannan, memakai pakaian yang bersih dan berwarna indah.
Pastikan dapur bersih dari pembiakan kuman dan menutup makanan dari terdedah.
Berpegang pada prinsip ‘makan untuk hidup dan beribadah, bukan hidup untuk makan’.



Rahsia pemakanan ilmuwan Islam
·         1) Madu  
      Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.
·         2) Kismis 
      Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.
·         3) Susu segar 
      Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.
·         4) Telur 
      Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.
·         5) Halia 
      Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.
·         6) Buah Delima 
      Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”

ADAB MENZIARAHI ORANG SAKIT



  1. SUNAT MENZIARAHINYA SECARA BERSELANG HARI 
  2. MAKRUH JIKA TINGGAL TERLALU LAMA DAN MENYUSAHKAN SI PESAKIT SERTA    KELUARGANYA
  3. SUNAT DUDUK DEKAT DENGAN KEPALA SI PESAKIT
  4. SUNAT MEMBACA DOA DAN MENGUCAPKAN KATA-KATA YANG DISENANGI OLEH SI PESAKIT
  5. SUNAT MENGAMPUNKAN SETIAP KESALAHAN PESAKIT SEKIRANYA IA ADA MEMBUAT KESALAHAN DENGAN KITA
  6. MEMBAWA APA-APA BUAH TANGAN YANG PATUT BAGI MERINGANKAN BEBANNYA DAN JUGA KELUARGANYA

ADAB MELAYAN TETAMU

Siapakah  tetamu?

Tetamu ialah orang yang berkunjung atau menziarahi orang lain sama ada dijemput atau tidak. Dalam Islam adalah dituntut untuk melayan tetamu yang menghadirkan diri ke rumah kita dengan layanan yang paling baik. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat hendaklah memuliakan tetamu dengan member layanan kepadanya. Sahabat bertanya, “Apakah layanan itu wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab, “ Layanan istimewa selama sehari semalam, dan tempoh layanan sebagai tetamu hendaklah dalam masa tiga hari, layanan yang diberikan selepas tempoh itu dikira sebagai sedekah.” Muttafaqun ‘Alaihi

Oleh yang demikian, adalah wajib bagi umat Islam melayan tetamu yang hadir ke rumah kita.

Apa ada terhadap tetamu?
Ada beberapa adab dengan tetamu kita. Antaranya ialah;
1. Memberikan layanan yang baik
Kita perlu menyambut tetamu dengan muka yang manis, berjabat tangan dan jangan lupa kita tanyalah khabar tetamu tu. Janganlah jadi kera sumbang pula dengan buat tidak tahu sahaja apabila tetamu hadir. Ada juga di antara kita yang tidakmahu buka pintu pagar memberikan izin tetamu masuk dengan alas an, menyibuk sahaja. Jangan begitu, tapi berilah layanan yang paling baik yang termampu bagi kita.

2. Menyediakan jamuan yang termampu
Jamuan, satu kemestian bagi orang-orang tua zaman dulu, jika ada orang dating layanannya memang kelas pertama. Sama juga dalam tuntutan Islam, sediakan jamuan tapi ikutlah kemampuan kita. Jangan menjamu selera secara membazir dengan menggunakan di luar kemampuan kita. Itu yang dilarang dalam Islam. Ingat sediakan yang termampu, kalau air bujang sahaja yang termampu, maka sediakanlah ikut kemampuan. Nabi pesan kepada kita, hendaklah kita makan bersama-sama dengan tetamu kerana tetamu segan makan bersendirian. Jadi selaku tuan rumah janganlah biar tetamu makan seorang diri.

3. Menunjukkan muka yang manis.
Ingat, jangan buat muka yang tidak disenangi oleh tetamu yang hadir. Walaupun dalam keadaan penat, maniskan muka semampu boleh agar tidak timbul fitnah di belakang kita pula. Jangan sombong dengan tetamu, pilih topic yang sesuai dengan tetamu kita. Ajak berbual, selepas itu jangan pula tetamu tanya 10 patah perkataan, kita jawab 1 perkataan je. Tidak boleh sama sekali.

Kenapa Islam menggesa melayan tetamu?
Banyak kelebihannya, antaranya kita akan lebih murah rezaki dan akan ditambah keberkatan daripada Allah S.W.T Dengan jamuan yang diberikan sebenarnya rezeki kita itu akan dibayar berganda dengan Allah asalkan pemberian kita itu ikhlas. Allah juga akan memberikan ganjaran pahala berlipat kali ganda kerana kesungguhan kita melayan tetamu.
Apa lagi yang diperoleh? Hubungan silaturrahim akan bertambah erat dan semakin kukuh. Lebih kenal-mengenali antara satu sama lain dan memudahkan urusan kerjasama antara satu sama lain. Bila kita susah, ramai yang akan membantu, bila kawan kita susah jangan buat tidak tahu. Salah di sisi Islam.

APA PULA PERANAN KITA SEBAGAI TETAMU?
Jagalah adab-adab berikut:

1. Mengunjungi rumah kawan pada waktu yang sesuai. Elakkan dating pada waktu makan, waktu tuan rumah berehat dan jangan duduk terlalu lama sangat hingga mengganggu masa peribadi tuan rumah yang kita kunjungi.

2. Berilah salam sebelum masuk ke rumah.

3. Masuk ke rumah setelah dijemput. Jangan selamba sahaja masuk tanpa dijemput oleh tuan rumah.

4. Elakkan rambang mata dalam rumah. Lihat jenama TV, jenama sofa, jenama peti ais, jenama kasut, hatta ada yang buka almari melihat jenama pakaian pun ada. Jangan buat begitu. Salah. Kalau ada niat nak melihat apa yang menarik di rumah yang kita ziarah tu, minta izin dahulu. Yang itu betul.

5. Makan makanan yang disediakan tanpa membuat ulasan yang tidak elok.

6. Jangan tunggu di hadapan pintu rumah, tapi berdirilah di tepi pintu atau di tepi dinding yang berhampiran pintu. Tujuannya, mungkin tuan rumah malu dengan pakaiannya atau ada aurat yang terdedah ataupun rumah berselerak. Tunggu dengan sabar, kerana kita adalah tetamu.
Ucapkanlah terima kasih dengan layanan tuan rumah tersebut dan salam mereka (yang dibenarkan syarak) sebelum berangkat pulang.

Ingatlah, adab melayan tetamu perlu dihayati agar hubungan terus harmoni. Ingat akhlak kita sebagai tetamu supaya tuan rumah tidak jelek dengan karenah kita. Islam menggesa supaya kita mengeratkan silaturrahim tapi jangan lupa dengan adabnya.